
BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 14 March 2025 – The Ministry of Defence this morning held a recitation of
Surah
Yaasin and Tahlil function in remembrance of the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah at the Royal Mausoleum in Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.
Leading the delegation was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.
Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; members of the RBAF Executive Committee; as well as officers and staff of the Ministry of Defence.
The recitation of
Surah Yassin and
Tahlil was led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), followed by the
Doa Peliharakan Sultan and Brunei Darussalam.
This religious event is part of the Ihya Ramadhan Programme, organised annually by JAMA’AT to further enliven the blessed month of Ramadhan.

KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 14 Mac 2025 – Kementerian Pertahanan pagi ini telah mengadakan majlis bacaan Surah Yaasin dan Tahlil bagi memperingati paduka-paduka ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.
Hadir mengetuai rombongan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB; serta pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan.
Bacaan Surah Yassin dan Tahlil telah dipimpin oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Acara keagamaan ini merupakan sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan yang dikendalikan setiap tahun oleh JAMA’AT bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.