BERAKAS, Monday, 29 September 2025 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has graciously consented to present awards to civil servants in conjunction with the 32nd Civil Service Day Celebration, held at the International Convention Centre, Berakas.
A total of four recipients from the Ministry of Defence were recipients of the Excellent Civil Service Employee Awards (APCPA) from Division II, III, IV and V. The recipients were Dayang Tieng Chwei Peng, Engineer, Directorate of Development and Work Services (Division II); Dayang Hajah Farihah binti Haji Awang Mohd Daud, Assistant Administrator, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (Division III); Awang Haji Azaman bin Haji Asat@Arshad, Clerk, Directorate of Administration and Manpower (Division IV) and Awang Abu Bakar bin Haji Osman, Office Assistant, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (Division V).
The APCPA serves as a recognition and acknowledgement to civil servants who have consistently demonstrated not only exemplary work and quality output, but also strong values of integrity, ethics and dedication worthy of emulation.
The Ministry of Defence also participated in the Special Exhibition for the Civil Service Day themed “Digital Transformation and Innovation Based on Artificial Intelligence (AI) in Public Service”. In 2024, the NAWHDS was awarded the “Anugerah Invosi Perdana (AIP) with a Silver Award, and it was showcased in this years’s Civil Service Day Special Exhibition. NAWHDS is a web-based help desk system developed by Directorate of Development and Work Services (DDWS), replacing manual and paper-based methods of reporting maintenance or damage issues related to the buildings and infrastructure of the Ministry of Defence. Since its launch in February 2024, more than 15,000 tickets have been recorded, proving the system’s effectiveness in enhancing efficiency, strengthening accountability, and improving user satisfaction, while providing real-time transparency for management. As the next step, the system will be integrated with AI technology to further empower smarter facilities management, in line with green initiatives and greater efficiency..
This year’s celebration carries the theme “Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara”, symbolizing the commitment to strengthening institutional resilience while fostering unity among civil servants in advancing the welfare of the people and prosperity of the nation.












WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA ANUGERAH SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2025
BERAKAS, Isnin, 29 September 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan anugerah-anugerah kepada warga perkhidmatan awam bersempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-32 yang telah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Seramai empat orang warga Kementerian Pertahanan telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) dari Bahagian II, III, IV dan V. Mereka ialah Dayang Tieng Chwei Peng, Jurutera Kerja, Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (Bahagian II); Dayang Hajah Farihah binti Haji Awang Mohd Daud, Penolong Pentadbir, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Bahagian III); Awang Haji Azaman bin Haji Asat@Arshad, Kerani, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (Bahagian IV) dan Awang Abu Bakar bin Haji Osman, Pembantu Pejabat, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Bahagian V).
APCPA ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga perkhidmatan awam yang bukan sahaja menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan hasil kerja yang berkualiti tinggi, malah mempunyai nilai keperibadian, etika serta dedikasi yang wajar dicontohi.
Kementerian Pertahanan turut serta didalam Pameran Khas HPA yang bertemakan “Transformasi Digital Dan Inovasi Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dalam Perkhidmatan Awam”. Pada Tahun 2024, NAWHDS telah meraih Anugerah Inovasi Perdana (AIP) dengan pencapaian Anugerah Perak, dan dikongsikan dalam pameran khas sempena sambutan HPA kali ini. NAWHDS ialah sistem
help desk berasaskan web yang dibangunkan oleh Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (JPPK), sebagai pengganti kaedah manual dan penggunaan kertas dalam melaporkan isu pemeliharaan atau kerosakan bangunan dan infrastruktur Kementerian Pertahanan. Sejak dilancarkan pada Februari 2024, lebih 15,000 tiket telah direkodkan. Kejayaan ini membuktikan keberkesanan sistem dalam meningkatkan kecekapan, memperkukuh akauntabiliti, serta mempertingkatkan kepuasan pengguna, di samping memberikan pihak pengurusan ketelusan maklumat secara masa nyata. Sebagai langkah seterusnya, sistem ini akan diintegrasikan dengan teknolgi AI bagi memperkasa pengurusan fasiliti yang lebih pintar, selaras dengan initiatif hijau dan penuh efisien.
Sambutan HPA tahun ini bertemakan “Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara”, melambangkan tekad untuk memperkukuh ketahanan institusi serta menyemai perpaduan dalam kalangan warga perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.