The Ministry of Defence would like to inform the public that the Royal Brunei Land Forces will be conducting a Deployment Exercise on Wednesday, 24 September 2025, starting from 9.00 am to 5.00 pm, in Bandar Seri Begawan, Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) Bridge and the surrounding areas.

During the course of the exercise, members of the public are advised not to be alarmed by the increased movement of military assets and personnel travelling via land routes. Road users are requested to extend their full cooperation, particularly by refraining from overtaking military convoys and by adhering with the instructions of security personnel. As such, affected road users are advised to use alternative routes to ensure smooth traffic flow and the safety of all parties.

The public is strictly prohibited from approaching, entering or being present within the exercise areas to avoid any unwanted incidents and to ensure that public safety is maintained at all times.
 
At the same time, the Ministry of Defence emphasizes that no photographs or video recordings pertaining to the exercise are to be taken or shared on any social media platform, in order to preserve the confidentiality and integrity of the exercise.

Lastly, the Ministry of Defence extends its utmost appreciation and gratitude to the public for their cooperation in supporting the successful conduct of this exercise.



KENYATAAN MEDIA
MAKLUMAN EKSESAIS ATURGERAK

Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan orang ramai bahawa Tentera Darat Diraja Brunei akan melaksanakan Eksesais Aturgerak pada hari Rabu, 24 September 2025, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Bandar Seri Begawan,  Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Sepanjang tempoh eksesais ini, orang ramai dinasihatkan agar tidak berasa cemas dengan peningkatan pergerakan aset dan anggota tentera yang melalui perjalanan darat. Para pengguna jalanraya dipohonkan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya, khususnya dengan tidak memotong konvoi ketenteraan serta mematuhi arahan dari petugas keselamatan. 

Sehubungan dengan itu, para pengguna jalanraya yang dijangka terkesan adalah disarankan untuk menggunakan laluan alternatif demi kelancaran pergerakan dan keselamatan bersama.

Orang ramai juga dilarang sama sekali untuk menghampiri, memasuki atau berada di kawasan eksesais bagi menggelakkan sebarang insiden yang tidak diingini terjadi serta bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pertahanan turut menekankan agar tiada sebarang gambar atau rakaman video berkaitan eksesais ini diambil atau disebarkan di mana-mana platform media sosial demi memelihara kerahsiaan serta integriti eksesais berkenaan.  

Akhir sekali, Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama orang ramai dalam menjayakan eksesais ini.