BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 28 October 2025 – A Doa Selamat Ceremony for the departure of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Contingent that will join the Malaysian Battalion 850-13 (MALBATT 850-13) as part of the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeeping mission was held at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison, this afternoon. 


Present at the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.


Also in attendance were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, Yang Mulia Mr. Abdul Munir Lutfi Said the Deputy High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam, Members of the Defence and RBAF Executive Committee, Deputy Director of International Organisations, Ministry of Foreign Affairs, Assistant Defence Adviser of Malaysia to Brunei Darussalam, senior officers and personnel from the Ministry of Defence, as well as family members of the personnel participating in the peacekeeping mission.


The RBAF Contingent, led by Major Mohammad Ihya’uddin bin Haji Ishak, comprises 21 personnel, three officers and 18 other ranks, including two women military personnel. They will serve a 12-month mission and are scheduled to depart for Malaysia on Thursday, 30 October 2025, before proceeding together with the MALBATT 850-13 contingent to Lebanon. 

 

The ceremony was held to seek blessings, safety, and protection from Allah Subhanahu wa Ta’ala for the RBAF MALBATT 850-13 contingent, while also praying for the smooth and successful execution of their mission.


Additionally, the ceremony featured a
Tazkirah titled “Fathul Mubin: Kemenangan yang Menguji Iman”, which emphasised the importance of reliance on Allah Subhanahu Wa Ta’ala in carrying out duties and responsibilities. The
Tazkirah also highlighted that the prayers and support from family members, relatives and the nation serve as a source of strength and blessing for their noble mission in Lebanon. 

 

Brunei Darussalam’s active participation in the UNIFIL mission since 2008 under MALBATT reflects the nation’s unwavering commitment to supporting international efforts in maintaining global peace and stability. Through this continued involvement, Brunei Darussalam has not only strengthened its diplomatic relations and military cooperation with various nations but also demonstrated the capability and professionalism of the RBAF in fulfilling its international responsibilities.




MAJLIS DOA SELAMAT BAGI PEMERGIAN KONTINJEN ABDB BERSAMA
MALAYSIAN BATTALION 850-13 (MALBATT 850-13) BAGI MISI PENGAMAN PASUKAN INTERIM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DI LUBNAN (UNIFIL)

 

BOLKIAH GARISON, Selasa, 28 Oktober 2025 - Majlis Doa Selamat bagi pemergian Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menyertai Malaysian Battalion 850-13 (MALBATT 850-13) sebagai sebahagian daripada Misi Pasukan Pengaman Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison petang ini.


Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.


Majlis juga dihadiri sama oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Yang Mulia Tuan Abdul Munir Lutfi Said, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan ABDB, Timbalan Pengarah Pertubuhan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Penolong Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan, dan ahli keluarga kepada anggota yang akan menyertai misi pengamanan berkenaan.


Kontinjen ABDB di MALBAT 850-13 ini diketuai oleh Mejar Mohammad Ihya’uddin bin Haji Ishak terdiri daripada 21 orang anggota, iaitu tiga orang pegawai dan 18 orang Lain-lain Peringkat, termasuk dua orang anggota tentera wanita. Mereka akan bertugas selama 12 bulan dan dijadualkan berlepas ke Malaysia pada Khamis, 30 Oktober 2025, sebelum meneruskan perjalanan bersama Kontinjen MALBATT 850-13 ke Lubnan.

 

Majlis ini diadakan bagi memohon keberkatan, keselamatan dan perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala ke atas Kontinjen ABDB MALBATT 850-13, di samping mendoakan agar pelaksanaan misi mereka akan berjalan dengan lancar, selamat dan mencapai kejayaan. 


Di samping itu, majlis turut diselitkan dengan penyampaian Tazkirah bertajuk ‘Fathul Mubin: Kemenangan yang Menguji Iman’, yang menekankan kepentingan berserah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.  Tazkirah tersebut juga mengingatkan bahawa doa dan sokongan daripada keluarga, saudara-mara, serta negara akan menjadi sumber kekuatan dan keberkatan dalam perlaksanaan tugas mereka di bumi Lubnan.


Penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam misi
UNIFIL sejak tahun 2008 di bawah payung MALBATT mencerminkan komitmen teguh dan berterusan negara dalam menyokong usaha-usaha antarabangsa bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan sejagat. Melalui penglibatan yang konsisten ini, Negara Brunei Darussalam bukan sahaja berjaya memperkukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama ketenteraan dengan pelbagai negara, malah turut membuktikan keupayaan dan profesionalisme ABDB dalam melaksanakan tanggungjawab penting di peringkat antarabangsa.