
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 23 September 2025 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from His Excellency Janbaz Khan, The High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam today. Also in attendance was Chief of Staff RBAF and Acting Director of Intelligence, Ministry of Defence.
During the call, Commander RBAF warmly welcomed and expressed his appreciation for the presence of His Excellency at the Ministry of Defence and also extended his heartfelt congratulations to His Excellency on his appointment as the new High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam.
RBAF Commander appreciates the existing bilateral relations between the RBAF and Pakistan Armed Forces, which have evolved over the years. This was achieved by the exchange of visits, military exercises, meetings and courses. RBAF Commander also hopes RBAF and Pakistan Armed Forces will continue to work together to continue the strong defence relations.
His Excellency was appointed as High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam since 21 April 2025.


PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 23 September 2025– Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Janbaz Khan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB dan Pemangku Pengarah Perisikan, Kementerian Pertahanan.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengalu-alukan dan merakamkan penghargaan atas kehadiran Tuan Yang Terutama di Kementerian Pertahanan serta menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Tuan Yang Terutama sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan yang baru ke Negara Brunei Darussalam.
Pemerintah ABDB menyatakan rasa penghargaan hubungan dua hala di antara ABDB dan Angkatan Tentera Pakistan yang telah terjalin dari tahun kebelakangan. Hubungan ini telah diperkukuhkan melalui pertukaran lawatan, latihan ketenteraan, mesyuarat dan kursus. Pemerintah ABDB berharap Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Tentera Pakistan akan terus bekerjasama untuk meneruskan hubungan pertahanan yang kukuh.
Tuan Yang Terutama Janbaz Khan telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Brunei Darussalam sejak 21 April 2025.