KUALA LUMPUR, 8 September 2025 – The 22nd ASEAN Military Intelligence Meeting (22nd AMIM) successfully concluded on the 8 September 2025 in Kuala Lumpur, Malaysia.  The meeting, held from 6 to 9 September 2025, was hosted by the Malaysian Defence Intelligence Organisation, Malaysian Armed Forces and focused on the theme “Sustainable Intelligence Cooperation for an Inclusive ASEAN.”


The meeting chaired by Yang Mulia Lieutenant General Dato’ Mohd Razali bin Alias, Director General Defence Intelligence, Malaysian Defence Intelligence Organisation, brought together heads of military intelligence from ASEAN member states. The delegation from Brunei Darussalam was led by Yang Mulia Colonel (U) Pengiran Haji Mohammed Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Director of Intelligence at the Ministry of Defence.


Prior to the main meeting, the 2nd ASEAN Military Intelligence Community Leaders’ Conference (2nd AMICLC) meeting convened on 7 September 2025. Following the conference, the delegation proceeded with bilateral meetings, while a staff officers’ session discussed the Joint Statement for the ASEAN Chiefs of Defence Forces Meeting (ACDFM), reaffirming the collective commitment to regional unity, security, and prosperity among ASEAN member states. 


During the 22nd AMIM, participants engaged in constructive dialogue on shared security concerns affecting the region. Discussions highlighted the importance of strengthening ASEAN military intelligence cooperation and collaboration to address emerging threats and enhancing military intelligence capabilities.


The meeting concluded with a ceremonial handover, marking the transition of chairmanship from Malaysia to the Republic of the Philippines, which will host the 23rd AMIM and 3rd AMICLC in 2026. This transition underscores the continued commitment to regional cooperation and the strengthening of military intelligence ties within ASEAN.


  










MESYUARAT PERISIKAN TENTERA ASEAN KE-22 BERAKHIR

 

 

KUALA LUMPUR, 8 September 2025 – Mesyuarat Perisikan Tentera Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN)  ke-22 (AMIM ke-22) telah berakhir dengan jayanya pada 8 September 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia. Mesyuarat yang berlangsung dari 6 hingga 9 September 2025 ini telah dianjurkan oleh Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dengan tema
“Sustainable Intelligence Cooperation for an Inclusive ASEAN.”

 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Razali bin Alias, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia telah menghimpunkan ketua-ketua perisikan tentera dari negara-negara ahli
ASEAN.  Delegasi Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Kolonel (U) Pengiran Haji Mohammed Hasreen bin Pengiran Haji Ali Hassan, Pengarah Perisikan di Kementerian Pertahanan.

 

Sebelum mesyuarat utama, mesyuarat Persidangan Pemimpin Komuniti Perisikan Tentera ASEAN ke-2 (AMICLC ke-2) telah diadakan pada 7 September 2025, diikuti dengan perjumpaan dua hala, manakala sesi mesyuarat pegawai staf turut diadakan bagi membincangkan Kenyataan Bersama bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Angkatan Tentera ASEAN (ACDFM) serta memperbaharui komitmen terhadap perpaduan, keselamatan, dan kemakmuran serantau dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

 

Semasa
AMIM ke-22 berlangsung, para peserta turut mengikuti sesi dialog yang menyentuh tentang isu-isu kebimbangan keselamatan bersama yang mempengaruhi rantau ini. Sesi diolog tersebut menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi perisikan tentera ASEAN di dalam menangani ancaman baharu dan meningkatkan keupayaan perisikan tentera.

 

Mesyuarat berakhir dengan upacara penyerahan pengerusi dari Malaysia kepada Republik Filipina, yang akan mempengerusikan
AMIM ke-23 dan
AMICLC ke-3 pada tahun 2026. Penyerahan tugas pengerusi ini menandakan komitmen yang berterusan terhadap kerjasama serantau dan memperkukuhkan hubungan di antara perisikan tentera ASEAN.