BELAIT DISTRICT, Sunday, 31 August 2025 – The final match for the National Level Tug of War competition in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan dan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 79th Birthday Celebration was held at the Arena Field, Seria.

The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Sports Council Tug of War Team emerged as Champion after defeating the Royal Brunei Police Force (RBPF) Tug of War Team in the 680Kg Weight Category.   Meanwhile in the Light 560Kg Category, the RBAF Tug of War Team secured the Runner-Up position against the RBPF.   The purpose of this Tug of War event was to enhance camaraderie among the participating teams and to foster sportsmanship in conjunction with His Majesty’s 79th Birthday Celebration.






PERLAWANAN AKHIR BAGI PERLAWANAN TARIK KALAT PERINGKAT
KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-79 TAHUN

DAERAH BELAIT, Ahad, 31 Ogos 2025 – Perlawanan Akhir bagi Perlawanan Tarik Kalat Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun telahpun diadakan di Padang Arena, Seria. 

Pasukan Tarik Kalat Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) muncul sebagai juara selepas menewaskan Pasukan Tarik Kalat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bagi Kategori Berat 680Kg. Manakala dalam Kategori Ringan 560Kg pula, Pasukan Tarik Kalat MS ABDB mendapat kedudukan Naib Johan menentang Pasukan Tarik Kalat PPDB.   Tujuan acara Tarik Kalat tersebut adalah untuk meningkatkan hubungan silaturrahim diantara pasukan-pasukan yang menyertai serta untuk memupuk semangat kesukanan Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-79 Tahun.