BANDAR SERI BEGAWAN, 28 February 2025 – The Ministry of Defence has launched the Nationwide Mosque Cleaning Campaign, which began on 20 January 2025. This initiative aims to seek blessings and rewards from Allah Subhanahu wa Ta’ala, while fostering the spirit of unity and community engagement in preserving the sanctity of places of worships. The campaign is being carried out in three phases, starting with the first phase before the arrival of Ramadan, which focuses on cleaning 46 mosques. The second phase will involve in cleaning of 33 mosques throughout the month of Ramadan, while the final phase will involve the cleaning of 37 mosques after Ramadan. Overall, the campaign is expected to conclude by mid-May 2025.

The first phase has been successfully completed, involving 30 mosques in the Brunei-Muara District, eight mosques in Tutong District, three mosques in Belait District, and five mosques in Temburong District. This campaign is in collaboration between the Ministry of Defence and the Ministry of Religious Affairs through the Department of Mosque Affairs, with strong support from mosque management committees and local residents. This effort reflects a strong commitment to social responsibility and unity in ensuring that places of worships are always well-maintained.

Among the cleaning activities given focus are the mosque compounds especially the main prayer halls, ablution areas, and surrounding areas of the mosques. By ensuring a clean and comfortable environment for worshippers, this campaign not only preserves the sanctity of mosques but also strengthens community bonds through efforts and involvement.



Masjid Kg Kapok - Tentera Laut Diraja Brunei


Masjid Kg Masin - Pasukan Sekuriti Gurkha


Masjid Kg Pulaie – Kementerian Pertahanan



Masjid Kg Merangking – Tentera Darat Diraja Brunei



Masjid Kg Sg Teraban – Tentera Darat Diraja Brunei

Masjid Kg Bang Dalam – Kementerian Pertahanan


Masjid Perpindahan Kg Bt Beruang – Kementerian Pertahanan


Masjid Kg Sg Kelugos – Tentera Darat Diraja Brunei


Masjid Kg Penabai – Institut Latihan ABDB


Masjid Kg Piasau-piasau – Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei


Masjid Kg Rataie – Tentera Udara Diraja Brunei


Masjid Kg Menengah – Rejimen Pasukan Khas


Masjid Kg Belais – Akademi Pertahanan ABDB

KEMENTERIAN PERTAHANAN LANCAR KEMPEN KEBERSIHAN MASJID SELURUH NEGARA

Bandar Seri Begawan, 28 Februari 2025 – Kementerian Pertahanan telah melancarkan Kempen Kebersihan Masjid Seluruh Negara yang bermula pada 20 Januari 2025. Inisiatif ini bertujuan untuk meraih keberkatan dan ganjaran daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala, sambil mengukuhkan semangat perpaduan dan keterlibatan masyarakat dalam menjaga kesucian rumah-rumah ibadat. Kempen ini dilaksanakan dalam tiga fasa, bermula dengan fasa pertama sebelum menjelang bulan Ramadan dengan pembersihan 46 buah masjid. Fasa kedua akan melibatkan pembersihan 33 buah masjid sepanjang bulan Ramadan, manakala fasa terakhir akan melibatkan pembersihan 37 buah masjid selepas bulan Ramadan. Secara keseluruhan, kempen ini dijangka selesai menjelang pertengahan Mei 2025.

Fasa pertama telah terlaksana dengan jayanya, melibatkan 30 buah masjid di Daerah Brunei-Muara, lapan buah masjid di Daerah Tutong, tiga buah masjid di Daerah Belait, dan lima buah masjid di Daerah Temburong. Kempen ini adalah hasil kerjasama erat di antara Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan sokongan padu daripada ahli-ahli jawatankuasa pengurusan masjid serta penduduk kampung. Usaha ini mencerminkan komitmen yang mendalam terhadap tanggungjawab sosial dan perpaduan dalam memastikan rumah-rumah ibadat sentiasa terpelihara dengan baik.

Antara aktiviti pembersihan yang diberi tumpuan adalah kawasan dalam masjid terutamanya ruang solat utama, tempat wudhu dan kawasan sekeliling masjid. Dengan memastikan persekitaran yang bersih dan selesa bagi para jemaah, kempen ini bukan sahaja memelihara kesucian masjid, malah turut mengeratkan hubungan ukhuwah antara masyarakat melalui usaha dan penglibatan bersama.